Kisah Imam Ahmad & Penjual Roti

 

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Kenali Hos Fattabiouni

Anda mahu kenal secara lebih mendalam siapakah hos Fattabiouni?

Biodata:

al-Shaykh al-Habib Muhammad bin Abd Rahman bin ‘Alawi bin Abdullah bin Husain bin Muhsin bin ‘Alawi bin Saggaf. Beliau merupakan seorang ulama berketurunan Sayyidina Rasulullah ??? ???? ???? ???? melalui nasab Sayyidina Husain ??? ???? ???. Beliau dilahirkan di Bandar Seioun di Hadramaut, Yaman pada tahun 1392 Hijrah bersam

a 1972 Masihi. Kemudian 3 tahun setelah kelahirannya, beliau bersama ibubapanya telah berpindah ke Hijaz dan menetap di Jeddah.

Ayah beliau merupakan seorang doktor yang terkenal di Jeddah dan gemar mendampingi ulama dan menghadiri majlis ulama.

Beliau memulakan pengajian akademik di sekolah di Jeddah sehingga memasuki alam universiti. Beliau telah mempelajari ilmu daripada para ulama dan sanad pengajian beliau bersambung sehingga ke datuknya yg mulia, Sayyidina Rasulullah Rasulullah ??? ???? ???? ????. Antara para ulama yg berperanan mendidik beliau ialah:

1- al-Shaykh al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf ???? ????
2- al-Shaykh al-Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad ???? ????
3- al-Shaykh al-Habib Muhadith al-Haramain Al-Habib Muhammad bin Alawi Al-Maliki ???? ????
4- al-Shaykh al-Habib Abu Bakar Al-‘Adni bin Ali Al-Masyhur ???? ????
5- al-Shaykh al-Habib Umar bin Hafiz ???? ????

Memadailah dengan menyebut nama mereka di atas bagi memperkenalkan sedikit-sebanyak tentang keilmuan dan sanad pengajian beliau.

Operasi Dakwah:

Beliau sibuk menceburkan diri dalam bidang dakwah kepada Allah ????? melalui cara yg berhikmah dan gaya penyampaian yg hebat. Keistimewaan dakwah beliau ialah pengorbanan beliau melakukan rihlah dakwah ke negara-negara yg jauh daripada para ulama dan masyarakat Muslim. Beliau menerokai dunia-dunia asing ini dengan membawa mesej Tauhid dalam situasi masyarakat dunia hari ini yg terlalu sibuk dengan kehidupan duniawi lalu melupakan penciptanya. Muslim sendiri seolah-olah terlupa tanggungjawab mereka terhadap ummatul dakwah yg tinggal di ceruk-ceruk terpencil di dunia ini. Antara negara-negara yg pernah dijejaki beliau dalam meneruskan usaha dakwah ialah negara-negara di sebelah Afrika, seperti Kenya, Tanzania, Uganda. Beliau mempunyai siri-siri dakwah yang berterusan di negara-negara tersebut. Beliau juga melakukan dakwah Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Mesir, di negara-negara Teluk, Malaysia, Indonesia, US dan UK. Ketika di UK baru-baru ini, beliau berprogram bersama Shaykh Dr. Abdul Hakim Murad, Pensyarah di Cambridge University.

Kisah di Afrika:

Beliau pernah menceritakan tentang seorang Muslim di situ yg menasihati beliau supaya membiarkan orang-orang Afrika itu dengan agama kufur mereka dengan alasan bahawa mereka tidak akan menerima Islam dan akan berkeras untuk kekal dalam agama asal. Anehnya, lelaki itu merupakan seorang yg terpelajar dan bukanlah orang awam. Tanggungjawab dakwah tidak boleh diabaikan. Lalu Al-Habib menjawab bahawa beliau ingin mencuba terlebih dahulu. Kerana Hidayah adalah milik Allah ????? dan Dia akan berikannya kepada sesiapa sahaja yg Dia kehendaki.

al-Habib terus melaksanakan operasi dakwahnya itu. Tiba-tiba, dalam setengah jam atau sejam sahaja mereka sudah mahu memeluk Islam. Allahu Akbar!!! Ratusan manusia telah berjaya diislamkan! Lihatlah dunia, Islam itu akan tersebar dengan mulianya! Lalu al-Habib berkata bahawa masalah sekarang ialah bukan mereka yg tidak mahu menerima Islam tapi kamu yg tidak mahu mereka menerima Islam!

Rancangan TV, antaranya:

– Fattabiouni
– Rabo3yat
– Rasail min Afriqiya
– Jamal al-Mustafa
Website beliau:

http://www.assaggaf.info/index.php

Semoga Allah memanjangkan usia beliau untuk berkhidmat kepada Islam. Amin

Petua Imam Syafie

Apa erti merdeka kita?

Olimpik London 2012 telah pun melabuhkan tirai. Majlis perasmiaannya menjadi perbualan yang hangat. Ramai yang memuji. Hasil tangan pengarah Slumdog Millionare, kemunculan nama-nama hebat pada majlis tersebut meletakkan Perasmian Olimpik London 2012 antara yang perlu diingati sepanjang zaman.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mengutuk. Dalam kalangan umat Islam, tiba-tiba heboh majlis itu dikatakan mengutuk Islam. Majlis itu dikatakan rancangan illuminati. Maka, ramailah umat Islam yang bersuara mengutuk majlis itu. Secara keras, terang-terangan, dan sorok-sorok.

Tetapi, ini apa yang saya rasa. Sebagai seorang umat Islam, siapa saja yang tidak berasa marah jika agama dijadikan bahan senda? Sedikit sebanyak mesti terasa punya. Namun begitu, kita kena fikir kembali beberapa perkara.
1) Majlis tersebut diadakan di mana? Di London.
2) London tu agama rasminya Islam ke? Tidak.

Daripada dua soalan tadi, saya dapat simpulkan beberapa perkara. Sebelum itu, saya ada soalan. Sebagai seorang yang beragama Islam, adakah kita berasa bangga dengan agama kita? Secara lojiknya, mestilah ya. Maka, adakah perasaan bangga itu akan menyebabkan kita cuba menonjolkan agama kita pada agama lain?

Secara sedar atau tidak, mesti ada. Maka, seperti itu juga dengan orang yang bukan Islam. Mereka juga ada perasaan bangga terhadap agama mereka. Mereka juga ingin menonjolkan agama atau pegangan mereka kepada kita. Jadi, sebenarnya sama sahaja kita dan mereka.

Hidayatullah

 

Kisah Kebangkitan Syria

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Ass

ad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad-

Konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Pakej Amalan Hawa Mamnuq (Ramadhan)

Save Maryam

Productive Ramadhan!

Salam Ramadhan 1433H

Salam wbt. Sempena Ramadhan kali ini, terimalah sebuah entri komik sekadar merehatkan minda pada bulan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
How To Get Rid Of Stretch Marks
How to Get Rid of Acne Scars
Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck