Erti Sebuah Pengorbanan

Renungilah erti pengorbanan baginda nabi SAW dan nabi-nabi… Salam AidilAdha

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :

“Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : “Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu.” Demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar.” ( Surah al –Shaafat ayat : 102 – 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Pengorbanan Sepanjang Zaman

Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka.  Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.

“Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al- Shaf : 10 – 11)

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : “Siapakah manusia yang lebih utama?” Maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri. Mereka berkata : Siapa kemudian? Sabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan “. (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga. Ulama menyatakan :

“Siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong.”

Pengorbanan – Mengorbankan Apa Sahaja Yang Berharga

Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.

Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :

“Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?”

Jawab Abu Bakar : “Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya.”

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan   pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang  yang rugi.” (Surah Az-Zumar : 65)

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.

“Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang  bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang  yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” ( Surah ali – Imran : 133-134 )

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya  Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Erti Sebuah Pengorbanan”

  1. Harusnya kita jalankan amalan ibadah sesuai yang kita yakini kebenarannya berdasarkan dalil-dalil yang sudah kita ketahui, kita tidak usah saling mengolok-olok dan tidak usah merasa paling benar. Hanya Allah SWT yang berhak memberi penilaian amalan ibadah yang kita jalankan.

  2. Bid'ah says:

    Seharusnya kita laksanakan amalan ibadah sesuai yang kita yakini kebenarannya berdasarkan dalil-dalil yang sudah kita ketahui, kita tidak usah saling menjelek-jelekkan dan tidak usah merasa paling benar. Hanya Allah SWT yang berhak menilai amalan ibadah yang kita laksanakan.

  3. Mari kita lakukan amalan ibadah sesuai yang kita yakini kebenarannya berdasarkan dalil-dalil yang sudah kita ketahui, kita tidak usah saling menyalahkan dan tidak usah merasa paling benar. Hanya Allah SWT yang berhak menilai amalan ibadah yang kita lakukan.

Leave a Reply

How To Get Rid Of Stretch Marks
How to Get Rid of Acne Scars
Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck