Berjalan kaki demi tunaikan haji

Senad Hadzic seorang lelaki Islam Bosnia ,47 tahun akhirnya berjaya tiba do kota suci Makkah untuk memenuhi impiannya beribadah haji setelah berjalan beribu-ribu batu merentasi tujuh buah negara.

“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Dia yang ingin menunaikan haji tapi kesempitan wang bertekad untuk berjalan kaki ke Saudi Arabia dengan hanya 200 Euro sebagai kos perjalanan beliau.

Hadzic memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer selama 314 hari merentasi Syria, Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki dan Jordan untuk ke Mekah dengan hanya membawa beg sandang seberat 20 kilogram. Dalam beg punggungnya, ia membawa senaskah Al-Quran yang dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca.

“Saya tidur di masjid, sekolah, dan lokasi-lokasi lain, termasuk rumah-rumah yang ditawarkan kepada saya oleh orang-orang baik,” katanya dalam video YouTube.

“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” jelas lelaki itu.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi beliau, antaranya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan serta terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.

Usaha beliau mampu mengubah dimensi pemikiran umat Islam tentang apa itu erti menunaikan rukun Isl;am ke-5 ini. Subhanallah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

How To Get Rid Of Stretch Marks
How to Get Rid of Acne Scars
Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck