Archive for the ‘Cerpen’ Category

Pabila kamu menghina RasulAllah

Aku terdengar kekecohan itu. Seperti dunia sedang bergegar dan gunung ganang menangis. Aku melihat dari jendela kesibukan hidupku. Rupanya kekasihku dihina lagi yang entah buat kali ke berapa. Dan ummat baginda menjadi marah, lantas timbul kekecohan di sini dan di situ. Aku menghela nafas. Sebak itu wujud. Menutup mata. Aku dapat rasa ada cecair sejuk […]

Janji ArRahman

Nurul mengayuh basikalnya pulang ke rumah saat matahari sudah hampir mengubah arah menandakan tidak lama lagi waktu Asar akan menjelang. Minda dan jiwa terasa lapang sedikit. Mana tidaknya, baru saja habis kertas terakhir SPM sebentar tadi di sekolah. Semakin lama, kayuhannya semakin perlahan. Halaman rumah sudah dimasuki. Dia turun dari basikal lalu menuntun basikal sehingga […]

Surat Ayahanda buat Anakanda

Mata Amira sudah merah, dan ada surat di tangannya. Entah beberapa kali Amira membaca surat itu, tetapi setiap kali membacanya, pada setiap kali itu juga hati Amira umpama dirayapi semut merah yang bisa. Amira sekali lagi membaca surat di tangannya. Assalamualaikum, Apa khabar anakanda di sana? Ayah doakan semoga anakanda ceria semasa membaca surat ini. […]

Senyuman Di Sebalik Tangisan

Terik matahari memancar terus-menerus, seolah-olah sedang bersaing dengan si awan yang cuba meredupkan langit agar penghuni bumi dapat menjalani hari dengan suasana yang tenang sambil merasai sepoi-sepoi angin yang mencium. Kakiku melangkah dan terus melangkah. Hari itu hari istimewa buat adikku, hari jadinya. Aku sungguh gembira, adikku semakin membesar. Sungguhpun begitu, kegembiraanku ditepis oleh kelesuan […]

Kenapa Siti tak mati je?

Cerita 10 tahun yang lalu di bangku sekolah aku punyai seorang teman rapat.Namanya Siti Maslina. Seorang pelajar yang sangat sederhana, pendiam, berbicara hanya bila perlu tapi dia seorang yang sangat baik denganku. Ku jadikan dia sahabat sejati ku. Suatu hari dia mendatangiku dengan suasana suram menyelaputi seluruh raut wajahnya itu. Sungguh aku berdebar melihat wajahnya […]

Kisah Tak Masuk Akal Tapi Realiti!

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya. Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang […]

Izinkanku Berkahwin Lagi

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela […]

Kecantikan Sejati

“Boleh saya melihat anak saya?” pinta seorang ibu yang baru melahirkan seorang anak dengan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang menutupi wajah bayi lelaki yang comel itu. Ibu itu menahan nafasnya. Doktor yang menunggunya segera berbalik memandang ke arah luar jendela rumah sakit tidak sampai hati menatapi wajah […]

Mana Mak?

Mana Mak?’ Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah […]

Kerana semangkuk bubur

“Kalau kau boleh pilih salah seorang daripada batch kita untuk dijadikan isteri, siapa yang akan kau pilih?” Spontan soalan itu terluah. Damak tergelak. “Kenapa? Kau nak kahwin ke?” Adam menggeleng. “Habis?” “Saja. Nak tahu pendapat kau tentang ciri-ciri seorang bakal isteri.” “Memang sah kau ni buang tabiat.” Damak tersenyum-senyum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
How To Get Rid Of Stretch Marks
How to Get Rid of Acne Scars
Powered by WordPress | Designed by: Best SUV | Thanks to Toyota SUV, Ford SUV and Best Truck